Saturday 21 January 2012

cinta sememangnya cantik

gaya cinta kepada pasangan romantik nampaknya membuatkan orang lain kelihatan kurang menarik, dan emosi berkesan dalam cara amat khas dalam membolehkan anda menolak idea untuk menggoda orang lain jauh daripada fikiran anda,” kata Gian Gonzaga dari eHarmony, yang kajiannya diterbitkan dalam jurnal Evolution and Human Behaviour .

Profesor psikologi dan pengajian komunikasi di UCLA, Martie Haselton pula menambah: “Ia menunjukkan cinta seolah-olah menyebabkan anda buta terhadap orang lain.”
Gonzaga dan Haselton meminta 120 penuntut heteroseksual yang komited dalam hubungan meneliti gambar ahli laman web eHarmony berlainan jantina yang menarik.
Sukarelawan diminta memilih gambar paling menarik dan menulis karangan sama ada mengenai pasangan mereka atau subjek pilihan.
Ketika menulis, penuntut diminta melupakan ‘wajah paling panas’ daripada laman web itu, tetapi diarah meletakkan tanda jika terfikir ada gambar yang menarik.
Sukarelawan yang menulis mengenai pasangan itu didapati enam kali kurang berkemungkinan untuk mengaku memikirkan orang lain yang menarik berbanding sukarelawan yang menulis mengenai subjek rawak.
Mereka kemudian diminta berfikir kembali wajah menarik dalam gambar dan penuntut yang menulis mengenai kekasih masing-masing tidak mengingati banyak maklumat mengenai penampilan fizikal orang lain yang menarik itu.
“Mereka cuma ingat warna baju atau sama ada gambar itu diambil di New York tetapi tidak ingat sesuatu yang istimewa mengenai individu berkenaan.
“Ia bukan bermakna ingatan mereka lemah; ia seolah-olah mereka secara berhati-hati menolak keluar perkara yang membuatkan mereka berfikir mengenai betapa menariknya alternatif itu,” kata Gonzaga. – Agensi

p/s : jadi betul la orang dulu-dulu cakap yang cinta itu buta..tapi yang buta itu lah akan membuka mata hati cinta kita..

No comments:

Post a Comment